Memaparkan catatan dengan label CHEESEKUT BISKUT CREAM CRAKERS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CHEESEKUT BISKUT CREAM CRAKERS. Papar semua catatan

Isnin, 2 September 2019

CHEESEKUT BISKUT CREAM CRAKERS

Assalamualaikum dan selamat malam...



Malam ni saya nak berkongsi satu lagi resepi cheesekut biskut cream crakers versi whipping cream... Sedap juga... tak manis sangat lemak berkrim...


Bahan-bahannya


BAHAN-BAHAN:
Biskut crakers
Sedikit serbuk milo
250gm cream cheese tatura
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu full cream
200ml whipping cream (1 kotak kecil)
# Putar cream cheese dan gula kastor hingga kembang. Masukkan whipping cream dan susu. Mix lagi hingga kembang.

Satu adunan dapat 2 bekas


CARA MEMBUATNYA:
1. Tuang susu ke dalam mangkuk. Rendam biskut sebentar.
2. Sementara itu,ambil sedikit adunan cream cheese dan lapiskan nipis di dalam bekas.
3. Susun biskut yang telah direndam menutupi lapisan cheese tadi.
4. Langkah 2 & 3 diulang hingga 6 lapisan. Lapisan akhir mestilah lapisan cheese.
5. Kemudian, taburkan serbuk milo di atas lapisan cheese.
6. Simpan di dalam peti sejuk selama 3jam sebelum boleh dipotong.
7. Potong dengan pisau plastik dan sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋